PROFIL SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1956 dikenali dengan nama Goverment English School dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Machang. Pada tahun 1959 sekolah ini dikenali pula dengan nama Hamzah English School mengambil sempena nama tokoh terkenal Kelantan iaitu yang Berhormat Mulia Ibni Al-Marhum Tengku Mohd Hamzah Ibni Al-Marhum Tengku Zainal (Tg. Sri Maharaja) Menteri Besar pada ketika itu.
Pada tahun 1972 sekolah ini sekali lagi berubah namanya kepada SRK Hamzah. Memandangkan perkembangan dan kemajuannya begitu pesat pada 01 Jan 1992, SRK Hamzah terpaksa dipecahkan kepada dua buah sekolah iaitu dua pentadbiran telah diwujudkan iaitu SRK Hamzah (1) dan SRK Hamzah(2).
Berkat kesabaran itu, maka sebuah sekolah baru telah dibina di Kampung Padang selising, Machang. Sekolah ini dapat digunakan sepenuhnya pada Jun 1999 dan dikenali sebagai SK Hamzah (2).
MOTO SEKOLAH
NULLIS SECUNDUS yang bermaksud "SENTIASA TERULUNG"
MATLAMAT SEKOLAH
Mewujudkan suasana pendidikan yang kondusif serta penglibatan menyeluruh semua pihak bagi menjana kecemerlangan dari segi intelek, emosi dan rohani dalam bidang akademik, sukan dan ko-kurikulum.